2. MUHAMMAD HAZEEM BIN SAWALUDIN
Sejarah
(10.00-11.30)
30.6.2021
Muhammad
Hazeem Bin Sawaludin
5al-Kauthar
Soalan subjektif : Bahagian A (m/s 1)
a)
Nyatakan ciri pemerintahan beraja x?
Pemerintahan berdasarkan
undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Selain
itu,raja juga mempunyai kuasa mutlak seperti mempunyai semua kuasa sama ada
pentadbiran,kehakiman dan perundangan.
b)
Jelaskan pemerintahan beraja Y dan Z
Pemerintahan beraja menerima cabaran
selepas perang dunia kedua apabila diperkenalkan Malayan Union pada
1946.Raja-raja Melayu kehilangan kuasa kerana diambil oleh Raja England.Selepas
kemerdekaan pemerintahan beraja diteruskan melalui Perlembagaan
Persekutuan.Beberapa pindaan dilakukan untuk disesuakin dengan system
demokrasi.
c)
Berdasarkan titah tersebut,sistem
pemerintahan beraja wajar dipertahankan.
Berikan ulasan anda.
Pemerintahan beraja wajar
dipertahankan kerana pemerintahan beraja merupakan kesinambungan sejarah dan
warisan negara yang kekal peranannya sehinggan hari ini.Selain itu,pemerintahan
beraja juga dapat memelihara hak keistimewaan orang melayu.Sistem pemerintahan
ini juga menjadi tonggak kestabilan dan teras perpaduan untuk kemakmuran
negara.Pemerintahan beraja juga merupakan pengimbang dalam sistem demokrasi.
(m/s 2)
a)
X : Badan Perundangan
Y : Badan Kehakiman
b)
Jelaskan berkaitan Jemaah Menteri
sebagai badan eksekutif di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Jemaah Menteri atau kabinet
dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri seperti Menteri Kewangan dan
Menteri Kesihatan.Tugas utama Jemaah Menteri adalah menggubal dasar negara dan
melaksanakan pembangunan yang diketuai oleh Perdana Menteri pada peringkat
Persekutuan.Menteri yang mengetuai kementerian melaksanakan dasar yang
diputuskan oleh Jemaah Menteri.Setiap Menteri mesti mempertahankan keputusan
yang dibuat oleh Jemaah Menteri.Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju
dengan dasar kerajaan,beliau hendaklah meletakkan jawatan.
c)
Konsep pengasingan kuasa dapat
mengukuhkan sistem pentadbiran negara kita.
Beri ulasan anda.
Pengasingan kuasa dapat mewujudkan
pemerintahan yang adil melalui konsep semak dan imbang dalam sistem
pentadbiran.Konsep ini dapat mengelakkan kuasa pemerintahan daripada dikuasai
oleh seseorang atau sesebuah institusi sahaja.Pengasingan juga dapat memajukan
ekonomi dan memelihara hak negeri.
Ulasan
Catat Ulasan